http://zaharuddin.blogspot.com/2010/12/kiamat-besar-kiamat-kecil-datang-tiba.html
Alhamdulillah, ilmu baru untuk dikongsi..
Mengenai kiamat dan kematian..
MUST READ..
Dilengkapi dgn 3 video yg amat menyedarkan..Sesungguhnya bila tiba ajal kita, ALLAH tak akan melewatkannya walau sesaat pun..
Kita tak tahu bila ajal kita, so gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin untuk mengumpul bekalan..
Mudah mudahan, di akhirat kelak, insyaAllah, kita termasuk dalam org2 yg beriman..
Melihat diri sendiri, begitu banyak masa yang terbuang begitu saja..
Amalan begitu sedikit.. Itupun tak confirm lg amalan tu diterima ke tak..
Takut bila memikirkan buku amalanku, adakah amalan ku benar2 diterima ALLAH?
Adakah solat, puasa, dll serta taubat ku diterima ALLAH??
Benarkah taubatku ini??
Tak guna jika hanya berkata2, tapi badan tak gerak..
Keep doing the same mistakes..
Again and again and again..
Tapi itu tak boleh dijadikan alasan..
Manusia, tiada yg sempurna..
Tapi, tak bermakna kita tak boleh berubah menjadi lebih baik..
Kena terus belajar dan belajar..
Tarbiyah, usrah, pengisian.. Buku, blog, articles..
Semua itu membantu.. InsyaAllah..
Benar, ALLAH itu Maha Pengampun, DIA amat menyayangi hamba2NYA..
Aku hanya mampu berdoa dan berusaha memperbaiki diri sebaik mungkin..
insyaALLAH, dgn pertolongan drpdNYA, serta bantuan dr rakan2 serta keluarga..
Aku harus lebih tabah dalam menghadapi ujian2NYA..
Segalanya kerana ALLAH..
Terima kasih kalian...
I don't want to be just an ordinary girl..
I want to be somebody..
With iman and ilmu..
That will guide me in my journey..
Aku tak nak hanya berubah menjadi bertudung dan solat lima waktu..
Aku mahu lebih dari itu..
Aku mahu hidup dgn cara islam..
Aku mahu ALLAH yg pertama di hatiku..
Aku mahu mengingati ALLAH dalam setiap perbuatanku..
Aku mahu belajar dan mengamalkan ajaran itu.. Bukan sekadar belajar tanpa mempraktikkannya..
Aku mahu hidup dan mati kerana ALLAH..
Aku mahu melihat islam kembali gemilang seperti di zaman Rasululllah SAW..
Aku mahu syiar islam bersinar merentasi alam..
Sehingga tiada siapa yg berani memfitnah dan mencaci2 lagi agama suci ALLAH ini..
insyaAllah..
Aku akan cuba sedaya upayaku untuk mempertahankan dan mengembalikan islam ke tempat yg sepatutnya..Walaupun berbekalkan ilmu yg secoet..
Bukanlah alasan untuk aku hanya membiarkannya begitu sahaja..
insyaAllah..
Jalan dakwah itu luas...
Banyak caranya..
So please help me..
Dalam apa cara sekalipun..
Aku tak mampu untuk melakukannya seorang diri..
Aku memerlukan pengisian dan teguran yg berterusan..
Kadang2 diri ini leka..
Leka dgn dunia yg hanya sementara..
Sedangkan akhirat kelak itu yg abadi..
Kita hanya HambaNYA..
No comments:
Post a Comment