Assalamualaikum wbt..
Tapi masa masak, tetiba mak cakap kat alip:
'esok kak no dah balik lip... tinggallah kita.. sunyilah mak...'
Sayu je hati ni dengar... Tak tahu nak balas apa... Jadi aku hanya diam..
***
Dalam hati nie kalau boleh aku nak stay je kat umah nie.. Tolang mak ayah sedaya mampu.. Tapi nak wat camner, aku kena pulang.. Aku kena berpindah ke jalan jihad yg lain pula.. Mencari ilmu..
Kesian mak.. Pasni, dia kena wat suma keja balik.. Tugas rumah bukan mudah ye.. Penatnya hanya Allah yg tahu.. Berpeluh?? Semestinya.. Kerja di rumah, kerjanya tak pernah abis.. Ada je pinggan nak dibasuh, ada je sampah nak disapu, ada je habuk nak di lap, ada je perut lapar nak diisi, ada je kain nak dicuci, disidai, digosok, dilipat dan macam2 lagi..
Kasih seorang ibu tiada tandingan.. Sanggup berkorban apa sahaya untuk anak2nya.. Mak cakap, masa aku kecik2 dulu, punyalah manja.. Sampai mak nk pegi mana pun aku nak ikut.. Lgpun, sepuluh tahun aku merasa bongsu.. Sampai kini, aku masih manja dgn mak and ayah.. Sometimes, makan masih disuap, tidoe masih diselimutkan.. Walaupun dlm sedar tak sedar, aku perasan, mak selalu jaga malam tgk anak2nya tidoe..
Ohh ibu... Kasihmu begitu tinggi.. Mak sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2nya yg 4 org nie..
Mudah mudahan aku dapat menjaga mereka sebaik mereka menjaga aku pabila mereka tua esok.. Sekarang nie, aku hanya mampu mengerah tenaga yg ada membantu mereka.. Nak bagi duit, aku tak keja lagi.. Ayah yg dok bagi duit kata aku buat belanja.. Sekarang nie tenaga je lah yg aku mampu buat..
Esok, bila dah senang insyaAllah, mudah mudahan aku tak lupa jasa mereka.. Aku nak senangkan mereka dunia akhirat insyaAllah... Itu matlamat aku..
***
Sebulan lebih sudah aku di penang bercuti semester.. Berat badan, jgn cakapla... Dok umah, confirm berat naik.. Ada ye benda aku nak masak, ada je resepi aku nak reka, ada je benda aku nak makan.. Hmm, takpelah, kat puncak nanti kurus balik, insyaAllah..
Next monday dah start lecture.. Hmm, dah sem 6 dah rupanya.. lame na aku study.. dah 6 tahun rupanya.. Bila la nak abis nie.. Aku nak kawen.. Ish, kesitu lak.. Mula la ngarut dah aku nie..
Berbalik pada topik.. Mak adalah seorg yg sgt sgt aku sayangi.. Tambah2an aku adalah jenis yg begitu protective when it comes about family.. Mereka adalah segalanya pada aku.. Mak, no 1 for me.. Esok, kalau dah kawen, baru hubby aku jadi no 1, tapi mak really2 close behind.. Hmm, mak mertua pun nanti syg gakkan.. Wajib!!
Apa aku mengarut nie? Ahh, sudah sudah. Better aku stop..
Assalamualaikum wbt..
No comments:
Post a Comment