Friday, November 19, 2010

Tiga Ciri-ciri Lelaki Pilihan...

Daripada Hadis Nabi s.a.w riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah :

1) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya :

Sebaik-baik masa dalam hidup seseorang manusia adalah masa mudanya sbb ia mendapat peluang yang banyak, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Beruntunglah pemuda yang berjaya menggunakan usia mudanya untuk diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat kepada agama, masyarakat dan negara. Bila Allah selalu di hati, pasti diri lebih bererti..


2) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid :

Terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi. Indahnya jika bila sedah bernikah nanti, si suami dapat membawa si isteri ke istana2 Allah berjemaah dan menuntut ilmu bersama.. Subhanallah.. :)

3) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”

Keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya ditangkis.. Segala bentuk godaan dan hasutan syaitan ditepis.. Bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.. 

***

Pilihlah suami bukan kerna hartanya, rupa atau pangkat dunia.. Tapi pilihlah yg beragama dan mencinta Allah lebih dr segala2nya... Jgn dia mencintai kita lebih dr dia mencintai Allah SWT.. 

Pesanan buat diri:
Jika mahu yg soleh, solehahkanlah diri.. Doa pada Allah sentiasa.. 
Tahajud malam adalah caranya.. (^_^)


-Indah indah indah-

2 comments: