Hidup tidak semudah yang kita sangkakan... Penuh cabaran.. Perubahan juga tidak semudah mengupas kulit betik.. Tetapi sesukar mengupas buah durian D24.. Memerlukan keberanian dan ilmu untuk mengelak dari duri2nya yg tajam.. Kain dan parang kontot diperlukan.. Kain ibarat iman yg melindungi kita dari duri2nya.. Manakala, parang kontot pula ibarat ilmu yang membantu kita untuk membezakan antara betul dan salah.. Hurm, apa aku merepek nie???
Aku bersyukur dgn diriku sekarang.. Tetapi, bila aku mengamati diri sendiri, rasa sedih menyelubungi diri.. Kenapa aku jadi begini? Fuh, dugaan ALLAH untuk menguji imanku..Aku akui aku lemah.. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan.. Kau harus kuat wahai nuraishah.. Ingat.. Jgn bagi syaitan menang.. Biar dieorg yang menangis tgk kau.. Jgn kau yang menangis di akhirat kelak.. Masa tu tak da gunanya dah.. Ingat sha!! Berpeganglah pada tali ALLAH..
Aku berfikir.. Mengapa aku tidak lagi seperti aishah di puncak alam dahulu? Alhamdulillah, solatku masih terjaga.. Cuma jarang di awal waktu seperti selalunya.. Urusan harian dan kadang kadang aku sendiri leka dgn nikmat dunia yg hanya sementara..
Amalanku juga berkurang.. Aku sudah jarang bangun malam bermunajat pada ALLAH, solat2 sunat, berzikir, selawat pd Rasullullah SAW, asma ul husna yg dahulunya kubaca setiap pagi selepas subuh dan mathurat, kini tidak lagi.. Subuh juga makin lewat.. Kul 6.30 baru bangun.. Mengapa aku begini? Ya ALLAH, ampuni daku..
Auratku alhamdulillah masih terjaga.. Cuma aku jarang memakai handsock kalau nak ke kedai atau pasar.. Masa aku g hiking, terdetik juga hati untuk tidak bertudung.. Sebab sebelum ini, aku tak pernah bertudung masa bersukan.. Peluh.. Rimas.. Tapi alhamdulillah, Allah memeliharaku daripada bisikan syaitan.. Ku sarungkan juga tudungku.. Walaupun basah lenjun bermandikan peluh, tidak pula aku rasa tak selesa.. Malahan scarf yg ku pakai menyerap peluhku agar tidak menitik di dahi.. Alhamdulillah.. Tapi, aku tak pakai handsock.. Kenapa aku begini?
Bila aku pikirkan balik.. Aku menyalahkan diri sendiri.. Jawapannya ada pada diriku sendiri.. Imanku masih belum cukup teguh.. Ilmuku juga masih terlalu sedikit untuk melindungiku.. Aku memerlukan lebih pengisian.. Aku memerlukan lebih tarbiyah.. Aku harus lebih kuat dan tekun belajar.. Aku takut aku kembali ke jalan lama.. Aku takut aku leka.. Aku takut aku ditarik sedikit demi sedikit ke jalan itu.. Ya ALLAH, peliharalah hambaMu ini..
Benar kata dia.. Syurga itu bukan murah.. Kuatkan semangat sha.. Tanamkanlah di dalam hati untuk hidup dan mati kerana ALLAH.. InsyaAllah, ALLAH akan membantumu.. Berusahalah nuraishah..
Aku mohon agar ALLAH memberikanku hidayah dan petunjuk, bimbingan serta kekuatan agar dapatku harungi dugaan di muka bumiNya ini dengan tabah dan berlandaskan islam.. Mudah mudahan aku dilindungi dari bisikan bisikan syaitan dan nafsu diriku sendiri..
Bantulah saya kawan2.. Tolonglah tegur jika saya melakukan kesilapan mahupun lalai.. Berkongsilah apa2 pengisian yang bermanfaat.. Sesungguhnya jalan dakwah itu luas..
iman kita ibarat buih-buih ketika air yang mengelegak..jika di tutup api, air akan kembali tenang dan tidak mengelegak lagi..
ReplyDeleteapi = tarbiyah(usrah, nasihat, penisian hati)
gelojak air=iman
air= diri kita..
jadi, jika tiada nasihat, pengisian hati dan tarbiyah seperti usrah setiap minggu, memang iman tersebut akan semakin pudar dan tidak mengelegak lagi..iman perlu sentiasa di siram dan dibajai..baru akan tumbuh segar di dalam hati..
love,
angah
betul betul betul.. huhu.. thanks sis.. sekarang ano byk baca buku2 je.. tak g usrah pun.. nak turun kl jauh la ngah. lgpun cian kat mak.. so ano baca je buku2 yg abg firdaus ngan dilla kasi..
ReplyDeletesalam nuraisyah,salam ukhuwah ya.
ReplyDeletealhamdulillah,awk seorang yg jujur dalam meluahkan.saya pernah spt awk,rasa lemah gini. sebab iman kita bukan spt para sahabiyah2 @ anbia. tapi kalau kita ikut2 amaln para2 sahabat insyaallah segalanya akan berjalan baik.yakin pada allah , tawajjuh,..nangis sungguh2 minta allah tingkatkan iman.kadang2 allah bagi kita ujian dalam keadaan gini supaya kita sentiasa ingat allah takut pada allah dan usaha utk kembali pada allah..ikhlas niat dan bykkan khidmat insyaallah iman semakin meningkat.,..biiznillah..:)
ingatan bersama..
waalaikumussalam wbt...
ReplyDeleteterima kasih cik as..
insyaAllah, saya akan berusaha dgn lebih kuat.. Mudah mudahan dugaan ini mendekatkan diri saya kepadaNYA..
Alhamdulillah.. Moga Allah terus mengurniakan sahabat2 yg dapat membantu saya dalam perjalanan ini..
salam 'alaik
ReplyDeleteCara yang paling baik menjaga diri dan iman adalah duduk bersama atau dalam lingkungan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan kita.
Al-mu'allim:
ReplyDeleteassalamualaikum wbt..
terima kasih..
sha,kuatkan hati,sha boleh,yana yakin.tak senang kita nak berbuat kebaikan tapi tak mustahil untuk kita lakukan,yana pon kdg2 lalai.semoga Allah sentiasa melindungi kita
ReplyDeletethank you yana.. hurm.. jemput arr dtg umah.. nak dtg cakap arr.. ajak anis n nana sekali.. nanti sha masak.. ^_^ hurm.. rindu arr umah sewa kita kan..
ReplyDeletesama2 sha :) insyaAllah nnt kalo yana da balik penang dn ada kelapangan yana dtg taw.sekarang yana ada dekat perak.betul tu,tak sabar rsnya nak balik ke rumah kita :))
ReplyDelete