Wednesday, November 24, 2010

Cinta ALLAH SWT yg tak pernah pudar..

Sahabat nabi, Abu Hurairah R.A. ada  meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya:

"Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayangNya terbagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor ibu binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya." (riwayat Imam Muslim)

Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" (riwayat Imam Muslim)

Betapa ALLAH amat menyayangi diriku.. 
Memberiku nikmat sepanjang hari.. 
Berpeluang untuk bangun bernafas kembali setiap pagi selepas mati..
Memberiku nikmat kesihatan dan kelapangan yg sering kulupai..
Sedangkan aku sering lalai dan leka dengan urusan dunia..

Ya ALLAH,
hambaMu ini sungguh hina..
Lebih hina dari benda yg paling hina..
Dosaku terlalu banyak menggunung.. 
Semua air di lautan pun tidakkan mampu untuk membersihkan diriku dari dosaku..
Sedangkan Kau menyayangiku..
Memberiku nikmat senyum setiap hari..
Tapi apa yg aku lakukan untuk membalas cintaMU?

Aku ingin melakukan segala untukMu Ya ALLAH.. 
Bantulah daku..
Berikanlah aku kekuatan..
Sesungguhnya aku lemah..
Aku harap aku terus berpaut pada taliMu..
Agar aku tidak jatuh tersungkur..
Di dunia mahupun di akhirat..
InsyaALLAH.. Dengan izin dariMu Ya Tuhanku..

Hanya kepadaMu aku berserah.. 
Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba..
HambaMU Ya Rabbi..
HambaMu.. Aku hambaMu.. 

 

No comments:

Post a Comment