Sesungguhnya hidup di muka bumi Allah ini hanyalah sementara..
Sekiranya aku ditakdirkan pergi dahulu sebelummu..
Aku mohon, maafkanlah segala kesalahanku..
Kesalahan yang nyata mahupun yang tersembunyi...
Jika aku pergi..
Maafkanlah aku..
Aku tahu aku banyak buat salah pada kalian..
Keluarga mahupun kenalan..
Aku suka menyakitkan hati org lain..
Aku mementingkan diriku sahaja..
Maafkan aku.. Maafkan aku..
Jika aku pergi..
Janganlah kau tangisi pemergianku..
Kerana sesungguhnya kematian itu lumrah kehidupan..
Apa sahaja yang hidup, pasti akan pergi jua..
Jika aku pergi..
Senyumlah dikau..
Kerana perginya diriku ini..
Untuk menghadap kekasihku..
Tuhan yang mencipta aku..
Tidakkah kau bahagia aku berjumpa denganNYA?
Jika aku pergi..
Beritahulah semua yang aku kenali..
Bahawa aku amat mencintai mereka..
Menyayangi mereka..
Walau pernah hati ini dilukai dan melukai hati kalian..
Tapi kita tetap bersaudara..
Jika aku pergi..
Doakanlah kesejahteraanku disana..
Doakanlah agar azabku diringankan Allah..
Doakanlah taubat ku diterima Allah..
Doakanlah kebahagiaanku...
Jika aku pergi,
Halalkanlah segala makan minumku..
Hutang2 ku sekiranya ada yang aku terlupa..
Dan tolonglah redha dengan pemergianku...
Jika aku pergi..
Ketahuilah bahawa aku mencintaimu..
Kita semua ummat Nabi Muhammad SAW..
Kita semua hamba AllahSWT..
insyaAllah, kita akan berjumpa kembali di akhirat kelak..
Jika aku pergi..
Sebelum dapat ku menunaikan haji..
Aku berharap agar ada yang sudi untuk menunaikannya untukku..
Betapa aku teringin untuk melihat kaabah dengan mataku sendiri..
Tapi kini ku tak mampu.. Kerana aku tak mempunyai wang..
Tapi jika aku sudah tiada, aku sudah tidak mampu kerana hayat ku sudah tamat..
Jika aku pergi..
Ku mohon, bacakanlah ayat2 suci al-Quran untukku..
Mudah mudahan aku tenang disana..
Jika aku pergi..
Pastinya ada hajatku yang tidak sempat kucapai..
Untuk membanggakan kedua ibubapaku..
Untuk menjadi muslimah yang solehah..
Untuk mendirikan masjid Allah dengan lelaki idamanku..
Untuk menjadi isteri solehah..
Untuk manjadi ibu kepada anak2 yang soleh..
Tapi,
Aku yakin pada janji Allah..
Jika tak dapat kurasai di dunia..
Doakanlah agar Allah memberiku peluang untuk merasainya di akhirat kelak..
Jika aku pergi..
Dan jika kau membaca luahan hatiku ini..
Ketahuilah, kau istimewa dihatiku..
Jika aku pergi..
Kenanglah aku dalam doamu..
Doakanlah kesejahteraanku disana..
Allahuakbar... Sesungguhnya aku hanyalah hamba ALLAH yang hina..
MOGA AKU MATI DALAM IMAN, ISLAM DAN JIHAD!!! AMEEN...
DAN BAGI TIAP2 UMAT ADA AJAL (YG TELAH DITETAPKAN), MAKA APABILA DATANG AJALNYA, TIDAK DAPAT DIKEMUDIAN WALAUPUN SESAAT, DAN TIDAK DAPAT PULA IA DIDAHULUKAN.. (Surah al-Araf : 34)
"Aku merujuk pada aku.. Kau merujuk pada sesiapa sahaja yg pernah muncul dalam hidupku.. "
No comments:
Post a Comment