Wednesday, November 10, 2010

Salahkah nak solat???

Assalamualaikum wbt..

Di komuniti iluvislam, aku dan beberapa sahabatku berbincang perihal seorg makcik yg tidak bertudung hendak menunaikan solat di masjid tetapi ditengking dan dihalau orang di masjid itu.. Banda yg lebih kurang sama pernah berlaku pada aku.. Di sini, aku ingin mengupas serba sedikit tentang topik ini..

Pada pandanganku, cara org masjid itu amatlah salah.. Mungkin niat dia untuk menegur, memang kita harus menjaga adap2 semasa di rumah Allah, tidak dinafikan.. Tapi bukanlah dgn cara tersebut.. Islam bukanlah agama yg kasar, ganas atau sebagainya.. Tapi islam adalah agama yg lembut, sopan dan indah.. Nabi juga berdakwah secara lembut.. Tidak menengking org sesuka hati..

Mari kita lihat kesan perbuatan org masjid itu kepada islam.. Apa yg korang rasa makcik itu akan buat after dimalukan sebegitu? Adakah dia akan bertudung serta merta? Adakah dia akan terus menunaikan solat di tempat awam selepas kejadian itu? Atau dia akan lari menjauhkan diri dari rumah2 Allah ini?

Kalau saya dulu, saya pilih jalan untuk tidak solat ditempat awan.. Kerana apa? Malu.. Fobia.. Sampai kalau kuar pun, tak solat coz tanak masuk surau atau masjid lagi.. Yes, sampai tak solat.. Takut... LIHAT!! Apa kesannya!! Inilah akibatnya jika cara kita salah...

Apakah org yg kononnya baik, duduk di masjid dan menghalau org yg tidak bertudung dr memasuki masjid untuk menunaikan solat itu sudah cukup bagus hidupnya? Pernahkah dia berfikir akibat drpd perbuatannya itu? Adakah sanggup dia menanggung dosa kerana menghalang org dr solat, dan nauzubillah, mungkin menjauhkan org dari islam???

Ingatlah, bahawa cara syaitan itu untuk menyesatkan manusia amat teramat halus.. maka, beringatlah kamu selalu.. Syaitan musuh utama kita.. Kuatkan iman, lawan.. Biar syaitan menangis, jangan kita yang menangis di akhirat kelak.. Pada masa itu, tak ada gunanya lagi..

Salah aku juga, dulu aku tidak bertudung.. Memang itu benda yg salah, itu tak dinafikan.. Perintah Allah harus diikuti tanpa komproni.. Biarlah ikhlas dan datang dari hati..

Masa aku tidak bertudung dulu, bukan takda org yg tegur.. Ramai.. Tapi, hidayah itu belum sampai.. Dan hatiku busuk hitam.. Ada saja alasan yang aku berikan.. Nantilah, lecehlah, ala, nak kena iron lagi, lambatlah, lgpun yg pakai tudung pun bukan baik sangat.. Macam2 yg aku katakan.. Dan aku begitu teguh dgn pendirianku dulu.. Tapi alhamdulillah, Allah itu Maha Kaya..

Kita tak tau bila kita akan mati.. Kita seharusnya selalu berasa takut pda Allah sentiasa.. Beginilah, fikir sahaja bahawa setiap helai rambut kita itu adalah satu dosa jika org bukan muhrim kita melihatnya.. Itu baru satu, kalau satu kepala, berapa helai rambut yg kita ada? Kalau 100 000 mungkin, dah 100 000 dosa kita dapat.. Itu kalau seorg tengok.. Kalau 100 orang tgk? Dah ganda jd 100 000 000 dosa.. itu dalam sesaat, dalam sehari, sebulan, setahun? Berapa banyak dosa kita? Cer pikir..

Bertambah pula dosa kita sebagai org perempuan jika aurat kita yg tidak tertutup itu menaikkan syawat lelaki.. 2 dosa kita dapat.. Satu kerana tak menutup aurat, satu lagi kerana menaikkan syawat.. Itu kalau sorang, kalau ramai, diganda pulak dgn 100 000 000 dosa tadi? Berapa dah dosa kita?

Ya Allah, sesungguhnya aku menangis mengenang betapa banyak dosaku.. Aku ini hamba yang hina.. Amat hina.. Walau apa pun yg aku lakukan, tak akan mampu untuk menandingi jumlah dosaku.. Hanya taubat yg dipohon, agar dosa2 terdahulu diampunkan.. Tapi layakkah aku?

Hidayah Allah itu amat besar rahmatnya.. Allah memberikan hidayah pada hambanya yang terpilih.. Jadi, bersyukurlah.. Ingatlah wahai teman, hidup kita di bumi ini hanyalah sementara.. Wahai kaum hawa, sanggupkah kamu diakhirat nanti, bila meniti titian sirat yg nipisnya seperti sehelai rambut dibelah 7, kamu jatuh ke neraka?

Di situ kamu menerima balasan di atas perbuatan dirimu di dunia.. Sanggupkah kamu nanti diseksa? Ditarik2 rambutmu, diberi minuh air nanah, dipaksa makan buah berduri, dibakar dgn api yg maha panas? Sedangkan bila terkena air panas sedikit pun kamu sudah menjerit.. Apatah lagi di neraka esok.. Ingat sahajalah matahari, berapa suhunya? Apatah lagi neraka.. Bayangkan kamu dicampak kesana..

Kaum adam pula, rambutmu bukanlah aurat.. Kamu beruntung kerana aurat mu sedikit.. Jadi, jagalah ia sebaiknya.. Tapi ingatlah, tanggungjawabmu lebih berat.. kamu menanggung dosa 4 org, ibumu, isterimu, adik beradik perempuanmu dan anak perempuanmu.. Maka, tegurlah mereka, bimbinglah mereka.. Gunakanlah cara yg terbaik.. Ajaklah mereka pada islam secara berperingkat peringkat.. Mengikut kemampuan mereka.. janganlah digunakan cara kekerasan, janganlah dipaksa paksa.. berfikirlah kamu wahai kaum adam..

Kaum hawa pula, dosa mu ditanggung oleh 4 org, suamimu, ayahmu, adik bradik lelakimu, dan anak2 lelakimu.. Sanggupkah kamu membebankan mereka dgn dosamu? Sanggupkah kamu melihat org yg kamu sayangi dan cintai itu menderita keranamu? sanggupkah? Maka, kembalilah ke jalan Allah.. Sesungguhnya ia lebih indah dan menenangkan..

Banyakkanlah doa wahai kawan2, Berdoalah agar kita terus diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah, agar kita dipeliharaNya, dilindungiNya, dirahmatiNya, dan diredhaiNya.. Sedarlah, bahawa kita ini hanyalah seorg hamba.. Setiap tapak kita berjalan, tanah itu milik Allah.. Sedarlah wahai teman..

Janganlah engkau mencemuh dan mengaibkan org lain, dirimu juga tidak sebaik mana.. Berdoalah untuk saudara saudara kita.. Ingatlah betapa cintanya Rasulullah SAW pada kita.. Tapi benarkah kita mengikut ajaran dan sunahnya? Ingatlah kawan2, Rasulullah amat mencintai kita.. Dia menangis merindui kita tatkala kita masih belum ada di bumi Allah ini.. Ya Alllah, betapa besar cintanya..

Lihatlah sekelilingmu, apa yg terjadi sekarang.. Org2 makin leka dgn nikmat dunia.. Sedangkan kita sudah berada di akhir zaman.. jika pada zaman Rasulullah , jaraknya dgn kiamat hanyalah antara dua jari, kita yg di zaman ini, amatlah dekat, dekat dgn kiamat.. Cukupkah bekalanmu? Cukupkah bekalan ku? Astarfirullahalazim.. Ampunkan dosaku Ya Allah.. Ampunkan dosalahku.. Sungguh ku tak sanggup untuk menghadapi azab kubur dan nerakaMu.. Ampunkanlah dosaku Ya Allah.. Ampunkanlah..

6 comments:

  1. salam
    bagus aishah article ni
    yang kite bincang tadi ^ ^
    - bukan pensel aka cik ramarama

    ReplyDelete
  2. salam.
    bagus aishah article ni
    yang kita bincangkan tadi
    memang, Rasullullah pun menyarankan supaya teguran itu biar berhikmah..
    benda yang senang nak dilihat, namun susah untuk dipraktikkan
    mungkin saje disebabkan godaan syaitan..
    saya sendiri kadang kala tak terkecuali..
    ampun Ya Allah..
    -bukan pensel aka cik ramarama ^ ^

    ReplyDelete
  3. Kita manusia, tak ada yang sempurna.. Saya sendiri melalui masalah yang sama.. Yang penting, kita salinglah tegur menegur.. Kongsi ilmu yang ada.. jaga sesama saudara.. Kalau benar kita nak tgk islam kembali macam zaman rasulullah, ada harga yang perlu kita bayar.. Syurga itu bukan murah..

    ReplyDelete
  4. Tapi berkata kata itu lebih mudah daripada melaksanakannya.. Hurm.. Doalah pada Allah.. Minta diberi kekuatan dan bantuan dariNYA.. Rasanya itulah yg terbaik.. Moga kita dibimbing ALLAH ye cik rama rama.. AMin..

    ReplyDelete
  5. sha,terima kasih berkongsi entri ni.bila baca yana byk tengok diri yg lepas.muhasabah mana yg patut.susah sebenarnya bila hidup di waktu dunia akhir zaman ni.byk sgt dugaan.nafsu berlumba-lumba nak kalahkan iman :(
    kdg-kdg kita ckp tapi kita x dpt nak laksanakan.kdg-kdg diri pon rs malu dgn Allah.dia x pernah leka beri diri ni nikmat.tp diri ni asyik sgt dgn seronok dunia.yana harap yana dapat hayati apa yg sha rasa.sha,yana minta maaf ye andai sebelum ni ada salah silap dgn sha.yana nak berusaha jd baik lagi.sha la pendorongnya.tq sha :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Yana, sha sendiri masih belajar.. Ilmu yang sha ada amatlah sedikit.. Tapi sha ingat kata2 kwn sha.. Kita kena terus terusan menuntut ilmu.. Ilmulah yg akan bantu kita dalam kehidupan ini.. Yana and anis as my roommate byk membantu sha.. Bila sha tak pakai hand sock, korang tegur.. Solat berjemaah.. Subhanallah.. semua tu indah yana.. Memang.. sha sendiri rasa malu pada Allah.. Mengenangkan siapa sha sebelum nie, sedey sgt yana.. But, life must go on.. Learn from our mistakes.. Itu yang terbaik.. Yana tak buat salah apa pun kat sha.. Kalau adapun, sha dah lama maafkan.. Sha pun mintak maaf klat yana jugak yer.. Bersama2lah kita membimbing sesama kita agar menjadi muslimah yg lebih baik.. love u sis..

    ReplyDelete