Sunday, November 7, 2010

Mukhayyam IKRAM SJ...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. Dalam post kali ini, aku nak ceritakan pengalaman menyertai satu program mukhayyam atau perkhemahan di Teratak Hijjaz, Pinggir Putrajaya...

Amat-amat seronok.. Tak tau camner nak gambarkan.. Banyak sangat kawan baru, pengalaman baru dan ilmu yang aku dapat semasa menyertai mukhayyam ini.. Ya Allah, bersyukur sangat2 diberi nikmat pengalaman seperti yang aku lalui lepas.. Alhamdulillah..

Mukhayyam ini adalah salah satu program IKRAM Subang Jaya.. Ia diadakan di Teratak Hijjaz selama 2 hari satu malam.. Tempat itu sangatlah selesa dan menenangkan.. Masuk masuk je ada akar pokok berjuntai color merah yang sangat sangat cantik.. Besttt...

Basically, program ini menggabungkan golongan2 berpengalaman dan golongan2 remaja.. Ada gelaran dia.. Apa yer..  Jap.. Ha, tak salah shabab dan shuyuh kot.. Kalau salah tolong betolkan yer.. Banyak akhawat dari UIA, UM, IB, UiTM dll.. Kebanyakan adik2 budak asasi.. Ada juga dari kalangan makcik2 dan kakak2 yang telah berkahwin..

Seronok dapat kenal ramai kawan baru.. Ada adik Ustz Siti Nor Bakyah, Dr Mashitah atau trade mark dia MAS airlines.. Muka sebijik sama.. Kak mie (Ketua Wanita IKRAM SJ), kak ayu, kak noi.. ustz nabiroh dan banyak lagi.. Aku dok sebilik ngan nadirah, kak elina dan dr lili.. Kawan2 angah ada juga yang cam aku.. Macam kak hakimah kata, akak macam pernah tengok muka awak tapi dekat mana yer? Aku pun jawab, Saya adik fizah, akak jumpa saya masa kat hospital dulu.. OO, baru akak ingat.. heheh.. Mungkin dia tak berapa cam coz dulu aku tak bertudung.. Ada gak yang cam, terus tegur, awak ni adik fizah kan.. Tapi, boleh kata suma org kata muka kami tak sama... Memang pun, 4 beradik suma muka berbeza.. huhu.. Takpe, Alhamdulillah..

Aktiviti yang kami buat macam2, seronok, ada pengisian, hirosah, qiam, treasure hunt, riadah etc.. Banyak ilmu yang dapat kupelajari disini.. Pengisian dia bagus.. Menyedarkan diri.. Treasure hunt pun best.. Kami main macam2 game, boling buah kelapa, tarik upih kelapa, memancing botol, bergayut tali yang macam kat PLKN tue.. Macam2la.. Seronok seronok.. Makanan pun Ya Allah, sedap sangat.. Banyak.. Alhamdulillah.. paling aku tak ley lupa, masa qiam.. Allah memberiku peluang untuk merasakan sesuatu yang sangat indah... Imam terlupa bacaan al-Quran, lalu makmum membantu.. Sebelum ini aku hanya tahu dari bacaan sahaja.. Tak pernah rasa sendiri.. Tapi, alhamdulillah, masa qiam tue, aku dapat rasa sendiri situasi itu.. Ya Allah, menitis air mata.. Bersyukur sangat2 dengan pengalaman yang aku dapat.. Aku juga baru tahu yang solat witir boleh dilakukan 3 rakaat terus.. Sebelum nie, yang aku tahu angah ajar dulu, buat 2+1.. Skrg baru aku tau.. Alhamdulillah..

Banyak lagi la pengalaman2 berharga yang aku dapat kat sini.. And aku respect sangat kat mereka.. Walaupun semuanya berjubah, berbaju labuh, tudung labuh.. Dorang tak pandang slek pun kat aku yang hanya bertshirt, handsock dan tudung bawal biasa jer.. Dorang tak buat aku rasa aku berada di dalam satu komuniti yang lain.. Dorang menerima aku seadanya.. Satu perasaan yang amat berbeza dengan yang sebelum2 nie.. Alhamdulillah..

Tapi, hati ni dah mula tergerak nak beli jubah, nak pakai jubah, nak beli baju labuh.. Nak jadi macam dorg.. Best la rasa.. Dulu kat UiTM ni, ada je org jual baju labuh tue, siap ada tema tema lagi.. tapi Ya Allah, aku tak nak beli pun.. Tapi sekarang alhamdulillah.. Nanti aku nak belilah.. Heheh..

Kesimpulannya, waa.. Macam wat karangan masa SPM lak.. hahah.. Kesimpulannya, aku hepi, seronok dan amat bersyukur pada Allah diberi peluang untuk bersama2 mereka merasai mukhayyam yang amat luar biasa rasanya.. Alhamdulillah, bersyukur coz angah ajak aku join benda nie.. Terima kasih angah!! Aku tau dia akan baca blog aku.. hehehe... Terima kasih pada Allah.. Aku berharap, aku akan terus dikurniakan sahabat2 yang dapat membantuku dalam mendekatkan diri danmencari redha Illahi.. InsyaAllah, kalau ada lagi peluang macam ni, aku tanak lepaskan..

Lela plak tegur muka aku dah berbelang.. maybe coz masa riadah n treasure hunt tu berjemur kot.. So jadilah belang dipipi.. huhu, kena scrub and boh krim balik nie.. huhu.. Hurm.. Ada benda aku nak share sebenarnya dari pengisian yangaku dengar hari tue.. Tapi rasanya, nantilah, next post maybe.. Coz now aku nak study my viro.. Paper selase nie.. InsyaAllah, kat penang nanti ke aku sambung yer....

Assalamualaikum wbt..

4 comments: