بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Di sepuluh ramadhan terakhir, ramai hamba Allah sibuk dengan persiapan raya.. Beli baju raya, cuci rumah, buat kuih raya, dan bermacam2 lagi urusan.. Masjid dan surau pula makin berkurangan angka.. Kadang-kadang hanya tok imam dan tok bilal sahaja..
Ramai yang berkata:
- "Alah, sunat je terawikh tue.. Buat kat rumah pun boleh.. "
- "Banyak kuih / baju tempahan orang lagi tak siap ni.. "
- "Baju tak beli lagi, sarung sofa tak cuci lagi, kain langsir tak tukar lagi"
- "Ahh, penat la keja siang2.. Dah la pose, balik da penat"
- "Senak perut la makan banyak sangat"
- etc
Tapi... Pernah tak terfikir:
- Tahun depan ada lagi ke ramadhan untuk aku?
- Ntah-ntah ramadhan tahun ni pun aku tak sempat nak abiskan?
- Kompem ke aku dapat hidup lama lagi?
- Dah cukup sangat ke bekalan aku nak jumpa Allah nie?
- Dah cukup kuat ke iman aku nak teguh dan berlindung dari fitnah Dajjal nie?
- Kompem ke aku tak masuk neraka? Sure-sure ke aku masuk syurga?
Mari baca pesanan adik cumel nie:
Jadi saudaraku, ayuhlah kita pulun habis2 di 10 hari yang terakhir ni.. Ayuh kejar Lailatul Qadar.. Minta ampun sungguh-sungguh pada Allah.. Bangun malam, jangan liat sangat.. Paksa diri tu sampai terbiasa.. InsyaAllah, lama-lama kita sendiri yang akan jatuh cinta dengan ibadah malam ni.. Sebab apa? Sebab indahnya berbeza.. Tenangnya nyata..
Come on guys, kita hidup ni persinggahan cuma.. Seimbangkan dunia dan akhirat.. Cari duit banyak mana pun, mati tinggal jua.. Tapi cari pahala banyak2, insyaAllah di akhirat kelak kita terjaga..
Sayanglah Allah, jika mahu disayangiNya.. Rindulah Allah jika mahu dirinduiNya.. Jagalah Allah, jika mahu dipeliharaNya..
Ayuh, kita sama2 muhasabah, tingkatkan amal.. Ikhlaskan hati, buat semua kerana ALLAH AZ ZA WAJALLA..
p/s : Girls, kalau uzur pun, tak bermakna kita ketinggalan Lailatul Qadar.. Kita masih boleh jaga malam, berzikir, bertahmid, beristifar, bertahlil, bertakbir, boleh juga baca surah2 mana yang kita dah hafal, boleh dengar zikir dan alunan bacaan2 quran, boleh muhasabah dan doa banyak banyak banyak minta keampunan Allah.. Ingat, Allah itu Maha Adil.. Jadi jgn jadika uzur sebagai alasan ye.. Hee..
With love,
Nuraishah Abu Hasan (>_<)

jika dipanjangkn umur dan di izinkn Allah SWT pasti kita akan bertemu lagi dengan ramadhan tahun depan.. insyaAllah
ReplyDelete