Tuesday, August 7, 2012

Susah senang kehidupan..

Pada Hari Graduasi, Kita dapat lihat ramai graduan yang mengukirkan senyuman manis di hadapan kamera- kamera...

Tetapi disebalik semua senyuman itu, kita tidak tahu berapa banyak kesusahan yang telah mereka lalui dan kita juga tidak tahu berapa banyak air mata telah mengalir di pipi- pipi mereka...

Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka semata-mata untuk mengukirkan satu senyuman di Hari Graduasi... 

Begitu juga dengan penduduk Syurga, 

Kita selalu dengar cerita-cerita bahawa penduduk-penduduk Syurga bersenang- lenang di Syurga Allah swt...
Tetapi kita tidak tahu betapa banyak pengorbanan dan kepayahan yang telah mereka lalui di dunia sana semata- mata untuk mendapatkan kesenangan di Syurga...

Semua kesenangan akan didahului dengan kesusahan.

Sama-samalah kita besusah payah didunia ini demi mencapai kesenangan yang abadi di akhirat kelak...


Credit to : Mohd Arif, my classmate..






No comments:

Post a Comment