بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Facebook saya ada gambar.. Tapi gambar saya cikitttt je... Boleh la kata dalam 3 keping ja kot.. Yang private tu banyakkkkk.. Hehee.. Tu pun gambar ramai2.. Gambar sorang2, err sorry nope nope nope..
And mostly saya dapat response macam ni:
- Awak yang mana satu ea?
- Gambar-gambar kat album awak ni tak da pun gambar awak..
- Ntah gambar sapa-sapa kat dalam album awak tu.. Pic awak tak de pun..
- Nape boh profile picture gambar katun?
- Tak bersyukur dengan kurniaan Allah ke?
Persoalannya:
- Wajib ke ea boh pic sendiri kat profile picture?
- Memang kena ea bubuh byk2 pic semua aktiviti kita?
- Kena ea poss poss depan kamera pastu upload kat Fb?
- Tu syarat nak ada akaun Fb ea? Tak tahu la pulak?
- Best ea orang like like pic kita? Kate kita cute cumel segala.. Best ea?
Pernah terpikir tak:
- Gambar kat Fb tu kompem ke selamat disebarkan?
- Gambar2 tu ikut syariat ke tak?
- Posing2 tu dituntut ke dalam islam?
- Bubuh gambar2 tu kompem ke tak menggugat nafsu?
- Gambar2 tu betul ke takkan menyebabkan fitnah?
Saya tak kata salah nak bubuh, tapi berpada2 la, berhati2lah.. Tapis2 dulu, edit2 dulu mana yg perlu.. Aurat tangan tu kena jaga... Bukan sikit2 orang nak tgk pic kita.. Takut2 nanti Fb jadi " akaun penambah dosa ". Terutama perempuan.. Dengan gambar ni, macam2 boleh dibuat..
Sahabat perempuanku, kita ni kaum yang sangat disayangi Allah.. Masa anak dara, kita tanggungan ayah.. Dah kawin esok, tanggungan suami pula.. Sanggup ke kita jadi penyebab mereka2 yg kita sayang ni terseksa 'nanti' ? Sanggup ke disebabkan 'keseronokan melampau' kita and keterujaan berkonsi benda yang tak sepatutnya, mereka2 ini terseksa?
Fikir-fikirkanlah.. Kita hidup kat dunia ni sementara saja.. Yang kekal hanya di sana.. Peliharalah diri.. Jangan nanti menyesal, tak berguna lagi..
Fikir-fikirkanlah.. Kita hidup kat dunia ni sementara saja.. Yang kekal hanya di sana.. Peliharalah diri.. Jangan nanti menyesal, tak berguna lagi..
Salam sayang,
Nuraishah Abu Hasan

No comments:
Post a Comment