Kelahiran Nabi Muhammad saw pada 12 Rabiulawal,
Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam
semesta. Semasa Rasulullah saw berada di dalam kandungan
ibunya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang
hamil. Rasulullah saw, seorang manusia
maksum yg begitu indah, malah juga dikenali sebagai “khatamun nubuwwah”, iaitu
penutup segala nabi.
Ketika Islam masih baru tersebar di Makkah, Rasulullah saw melakukan solat di depan Kaabah. Pembesar Musyrikin Quraisy, yang juga merupakan bapa saudara baginda, Abu Jahal yang begitu dengki pada Rasulullah sungguh benci melihat Rasul saw solat di depan orang ramai di Kaabah. Kebenciannya itu menyebabkan dia bertindak mengambil perut unta serta meletakkannya di atas leher Nabi ketika baginda sedang sujud.
Tidak cukup setakat itu, Musyrikin Quraisy mencaci maki Nabi saw di khalayak ramai. Menghina dan memfitnah Nabi sebagai tukang sihir, orang gila, dan sebagainya. Mereka tidak pernah berhenti dan berputus asa merancang untuk menghentikan dakwah Nabi saw tapi baginda tetap tabah dan terus melangkah..
Adakah Nabi Muhammad saw kesayangan kita berhenti
dan berputus asa dengan semua itu? TIDAK....
TIDAK SESEKALI.... Bahkan semua itu dihadapi Nabi dengan sabar dan
penuh kekuatan daripada Allah. Baginda terus
menyampaikan dakwah, menyampaikan Islam kepada orang ramai. Dan Alhamdulillah,
dgn izin Allah semakin hari, semakin ramai yang memeluk Islam lalu menyebabkan bertambah-tambah marah kaum musyrikin Quraisy pada Nabi saw.. Namun,
Nabi saw tetap SABAR... Usaha untuk menyampaikan ISLAM tetap diteruskan
baginda..
Tidak ada apa yang lain lebih berharga bagi Rasulullah saw melainkan ummatnya bersama-samanya di akhirat nanti, bersama dalam syurga Allah yang nikmatnya seluas langit dan bumi itu. Ya Allah, sungguh besar kasih sayang baginda.. T_T
Lihatlah akan kegigihan Nabi untuk kita... Untuk
memastikan kita selamat bersamanya di akhirat nanti.. Tapi apa perlakuan kita?
Sejauh mana cinta kita pada baginda? Berapa kali dalam sehari kita berselawat
padanya?? T_T
Ingatkah kalian dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad
saw diserang hingga berdarah... Susah-payah pula baginda menggali parit ketika
Perang Khandak bersama para sahabat... MasyaAllah..
Terlalu banyak sekali pengorbanan baginda untuk kita... Sedang kita kini duduk bersenang-lenang dgn kemudahan2 moden..
Dan yg paling tidak dapat ditahan air mata, ketika
hampir wafat pun, baginda masih bertanya kepada malaikat tentang keadaan
ummatnya. Bahkan bukan setakat itu, baginda minta pula untuk ditanggung seluruh
kesakitan ketika sakaratul maut yang akan dilalui ummatnya. Baginda minta juga
balasan untuk ummatnya ditangguhkan ke hari akhirat nanti. Ucapan
yang tidak pernah lekang daripada mulutnya ketika hampir wafat adalah
"Ummati ! Ummati ! Ummati !". T_T
Tapi sayang.. Begitu sedikit sekali pada hari ini menghargai penat lelah Nabi. Tidak ramai yang CINTA pada Nabi saw sebenar2 cinta.. Termasuk diri sy sendiri yg terlalu sedikit berselawat padanya.. Ya Allah, hinanya diri ini… T_T
Saudaraku, Nabi Muhammad saw tidak pernah minta
balasan daripada kita atas susah-payahnya itu. Baginda
cuma mahu agar kita semua berusaha mengikutinya... Menggapai
REDHA dan CINTA ALLAH dalam kehidupan... Mendekati
SYURGA ALLAH... Menjauhkan dan menyelamatkan diri kita daripada
AZAB dan MURKANYA... Menyelamatkan diri daripada seksa api NERAKA....
Baginda tidak pernah minta balasan wang ringgit
dan sebagainya. Bahkan apa yang ditawarkan oleh kafir Quraisy pun
ditolak oleh baginda. Jadi, apakah halangan diri
kita untuk mencintai dan mencontohi Rasul saw dalam kehidupan seharian kita???
Allah s.w.t. telah firmankan dalam Al-Quran yang
bermaksud:
"
Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh terbaik kepada sesiapa yang
berharap kepada Allah dan hari akhirat."
Jadi marilah kita menegakkan ISLAM sebagai cara hidup
kita… Marilah hidup dengan faham sebenarnya
tanggungjawab kita sebagai MUSLIM.. Kita bukan setakat mahu 'mencintai' Rasul ketika
hari Sambutan Maulidur Rasul sahaja, bahkan cinta kita kepada baginda harus bertambah-tambah setiap hari selari dengan bertambah juga amalan dan kefahaman kita
dengan Islam, InsyaAllah..
Marilah kita menghayati firman Allah
yang bermaksud:
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai
Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita
gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)
Baginda Rasulullah saw telah pergi
meninggalkan kita, baginda tidak mewariskan kepada kita harta pusaka
kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak
yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna…
Marilah sahabat, kita sama-sama kita pasakkan azam untuk
menyambung perjuangan Rasulullah saw hingga ke akhir hayat kita. Semoga kian
hari, kian bertambah cinta kita pada Rasulullah saw dan beroleh cinta Allah.. Aminn..
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433.
Salam sayang,
Nuraishah Abu Hasan..








No comments:
Post a Comment