Wednesday, February 8, 2012

Indahnya mata..


Allah SWT mengurniakan semua manusia dengan dua mata... Bersyukurlah pada yg dipinjamkan anugerah mata kerna dgnnya kita dapat melihat ciptaan Yang Esa dan beruntunglah jua kerna sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud : Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali 
  1. Mata yang dipejamkan dari segala yang haram
  2. Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan 
  3. Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah. - [Hadis Riwayat Abu Naim]
Rasulullah saw jua pernah bersabda: 

“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” -  [ Hadis riwayat at-Tirmidzi ]

Subhanallah.. Sesungguhnya mata itu adalah anugerah terindah.. Dengannya aku dapat melihat ciptaan Allah, dan yang paling ku impikan di dunia ini adalah untuk melihat ka'abah.. 

No comments:

Post a Comment