Dalam memilih pasangan, ada org
cakap kita serahkan saja bulat2 pada Allah.. Mmm, macam mana ni sebenarnya??
Actually, serah bulat2 pada Allah bukanlah bermaksud tidak berusaha langsung,
tapi usahanya adalah dengan memulakan tahajjud setiap malam, istikharah
berterusan, hajat tak ditinggalkan, memohon yg terbaik untuk dunia dan akhirat
daripada Tuhan..
Jodoh kita akan ditemui
dari tahajjud kita. Semakin ikhlas ibadah kita, semakin Allah akan sediakan
kepada kita jodoh yang terbaik. Bila kita sangka baik pada Allah, Allah akan
beri yang terbaik buat kita. InsyaAllah..
Dlm kehidupan kita nie
sebenarnya, benda yg paling tertinggi yg kita nak raih adalah makrifatullah (mengenali
Allah). Dlm nak mengenali Allah, ulama menyebutkan kita perlukan jambatan..
Jampatan apa?? Bukan Jambatan Pulau Pinang yg panjang tue, tapi jambatan
Mahabbatullah.
Apa itu mahabbatullah?? Ia adalah perasaan kasih, cinta, dan sayang
KEPADA Allah dan KERANA Allah. Mahabattullah nie tak akan dapat diraih apabila
bercampurnya kasih itu dengan kasih nafsu atau cinta berteraskan nafsu semata. Ataupun
kasih yang berdasarkan kepentingan diri kita sendiri saja..
Cinta berteraskan nafsu langsung
tidak boleh dikatakan sebagai "Cinta kerana Allah." Mmmmm, mana
mungkin yang hak dan yang batil bercampur.. Cinta sebenar dirasa bila ada redha
Allah.. Macam mana nak tahu? Bila kita merasa senang dan tenang bersamanya
setelah melakukan istikharah..
Bagi yg sedang mencari-cari,
tenang dan sabarlah menanti dan yakinlah pada janji2 Allah.. Ada!!! Pasti ada
seseorang buat kita.. Setiap sesuatu itu dicipta berpasangan.. Yakinlah, dan
terus bersabarlah menanti..
Sesetengah insan, jalan cintanya mudah..
Sesetengah insan, jalan cintanya payah.. Asyik saja diketemukan dgn org yang
salah.. Tapi segala yang berlaku itu pasti ada hikmah.. Bukan untuk menghukum, tapi pengajaran dari Allah..
Dalam hati, pasti ada seseorang yg kita tertaut padanya.. Suka padanya tanpa bicara.. Apa yg harus dilakukan? Luahkan perasaan? Ya, bagi sang pria terhebat.. Lamarlah segera dgn cara yg betul bg mendapat redhaNya..
Bagi wanita pula bagaimana? Sebenarnya, tak salah meminang lelaki yg kita suka, (jika baik akhlaknya).. Sedangkan Rasulullah saw sendiri dipinang Saidatina Khadijah.. Tapi pasti ada malu bukan? Di situlah gunanya pihak ketiga..
Bila diri dah rasa bersedia untuk nikah, dah jumpa calon yg ada kredibiliti layak dijadikan suami, bolehlah cuba dapatkan dengan bertanyakan melalui naqib (wakil)
kepada si lelaki itu terlebih dahulu samada dengan berterus terang atau merahsiakan identiti diri jika takut malu andai ditolak.
Jika masih terasa terlalu malu, cara terbaik adalah dgn meminta pada Allah.. Serahkan bulat-bulat orang yang kita nak, orang yang
kita sayang, orang yang kita cinta dan rindu kepada Allah SWT untuk Dia jaga,
Dia 'simpankan' untuk kita buat kemudian hari. InsyaAllah, jika sudah
ditakdirkan, sudah terpahat di Luh Mahfuz, kelak akan bersatu jua, dengan izin
dariNya..
Jalankan prioriti kita sebagai
Muslim dulu, atau sebagai anak dulu.. Yakinlah pada Allah dengan bertawakkal
sebenar2 tawakal kepadaNya.. Dia akan
beri apa yg kita nak suatu hari nanti. Jika kita tak dapat orang yg kita nak, pasti Allah
ada ganti yang lebih best dan awesome dari yang kita nak. Asalkan kita jangan sesekali
mengalah dan berputus harap pada Allah..
Macam mana pula bila kita tak berapa kenal si dia? Mmmm.. Di sinilah fungsi 'bertanya pada Allah'.. ISTIKHARAH.. Cuba selami makna doanya.. Cukup indah, Subhanallah..
Jika keyakinan sudah diperolehi dr istikharah, terimalah si dia yang kita tidak
berapa kenal seadanya.. Kemudian, redhalah dengan apa jua yang terjadi selepas
kahwin. Sebab orang yang berserah bulat2 pada Allah setelah dia yakin pada janji
Allah, setelah dia dah bertahajjud, solat
istikharah, solat hajat dan usaha2 lain, dia tidak akan rasa menyesal sedikit
pun, percayalah...
Yakin pada Rukun Iman keenam, percaya pada Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan Allah... Andai tidak bahagia
selepas kahwin setelah kita dah cuba yg terbaik, bukan lagi salah kita. Tapi
itu sebenarnya dugaan utk menguji tahap keimanan masing2...
Semakin tinggi sabar, semakin
tinggi maqam kita di sisi Allah, semakin tinggi peringkat syurga yg kita bakal
dapat. Jangan lupa, dalam Quran sendiri menceritakan kesabaran Aisyah, isteri Firaun yg kejam, yg dijanji balasan syurga dari Allah..
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa cinta kerana Allah, membenci kerana Allah,
memberi kerana Allah dan mencegah kerana Allah, maka sempurnalah imannya."
Renungan dari kata2 sahabat sy:
Orang terlalu suka sebut, "nikah itu sunnah." Tapi, mereka terlupa, "Beri nafkah itu fardhu (wajib), beri didikan agama pada keluarga itu wajib, beri kasih syg itu wajib, amanah itu wajib, tahu ilmu keibubapaan itu wajib, tahu cara mendidik anak2 ke arah soleh dan solehah itu wajib" dan banyak lagi yang wajib. Jangan kerana dikejarnya sunnah yang satu, yang wajib2 yg banyak ini dilupakan. Ingat, berkahwin maksudnya "berkahwin dengan kewajipan2 dan amanah".


nice. thanks for sharing =)
ReplyDelete