Monday, January 30, 2012

Biarlah kerana Al-Wadud, Maha Pencinta..

Assalamualaikum wbt..

Dan kahwinkanlah org2 bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan org2 yg soleh dari hamba2 kamu, lelaki dan perempuan.. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas rehmat dan limpah kurniaNya, lagi Maha Mengetahui. -[an-Nur : 32]

Mencecah umur 25 tahun benar2 membuatkan diri berfikir tentang perkahwinan.. Kedua kakakku melangsungkan perkahwinan mereka pada usia 25 tahun.. Aku?? "Entah.. Serah saja pada Allah" - Itulah jawapan yg sering ku berikan bila ditanya tentang perkahwinan.. :)

Dan di antara tanda2 yg membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, Dia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu senang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.. Sesungguhnya yg demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi org2 yg berfikir.. - [ar-Rum : 21]

Perkahwinan itu merupakan salah satu tanda kekuasaan Nya.. Indahnya alam perkahwinan.. Semuanya menjadi ibadah.. Walau selembar senyuman, berpegangan tangan, mahupun belaian manja.. Semua adalah ibadah di sisi Allah.. Malah gugur dosa2 pabila tgn suami isteri bersentuhan kerana Allah.. Ya Allah, sungguh cinta selepas nikah itu indah.. Subhanallah..



Urusan jodoh itu urusan Allah.. Sebagai hamba, aku wajib berusaha.. Dan usahaku adalah melalui solat dan doa.. Sungguh, aku tidak mahu lagi bercinta sebelum nikah.. Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran buatku.. Couple hanya membawa kepada kemurkaan Allah.. Pendirian teguh akan ku pegang, tidak ku mahu cinta tanpa restu dan redha dr Penciptaku..

Di umur 25, gadis mana yg tidak memikirkan alam perkahwinan.. Angan2ku, mahu bernikah tahun ini.. Tapi dgn siapa Ya Allah? Masih belum ku pasti.. Aku tidak mahu tergopoh gapah.. Kerna padaku, perkahwinan adalah abadi, dan dilangsungkan kerana Illahi..

Mungkin jua ajalku tiba dahulu sebelum jodohku.. Siapa tahu? Tiada siapa melainkan Allah.. Sebab itu, aku tidak mahu terlalu membebankan benak otakku.. Segalanya ku serah pada Allah.. Jika ada, adalah.. Jika tiada, tidak mengapa.. Kerna aku yakin, pasti Allah itu Lebih Tahu..

Aku yakin pada janji2 Allah.. Apa yg sudah tertulis di Luh Mahfiz ku, itulah dia yg terbaik untukku.. Dia pelengkap setengah agamaku.. Siapa dirinya, tidak ku tahu.. :)




Bila kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia… ALLAH tahu betapa keras kau telah  berusaha.. 

Bila kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih… ALLAH sebenarnya menghitung titis air mata tabahmu...


Ingatlah.. Walau mana tetapmu, ALLAH itu MAHA TAHU… Dan ALLAH selalu berada dekat padamu...


Cinta Allah, cinta Yg satu.. Usah mengeluh, teruskan langkahmu.. 


Salam sayang,


Nuraishah Abu Hasan.. (^_^)

No comments:

Post a Comment