al-Quran.. Penunjuk kebenaran, buku rujukan terindah..
Bacalah, kajilah, tatap dan selaklah Quran.. Sebanyak mungkin..
Tersangatlah rugi bagi yang tahu membacanya tapi tak menbaca.. Tersangatlah rugi bg yg tahu menbacanya tapi tidak memahami maksudnya...
Firman Allah Taala:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Surah Yunus, 57]
Allah pencipta kita.. Allah Maha Mengetahui segalanya.. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Setiap ciptaan Allah pasti ada fungsinya....
Hormatilah kita sesama hamba.. Walau secebis debu, mahupun kotoran lumpur.. Ia adalah ciptaan Allah, jadi janganlah dipandang hina.. Apatah lagi manusia, jgn dikeji kekurangannya...
Bersabarlah dalam menghadapi dugaan Allah.. Teruskan langkahmu mengejar syurga ALLAH....
Firman Allah:
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan BERSABAR dan dengan mengerjakan SEMBAHYANG; kerana sesungguhnya Allah menolong) orang-orang yang sabar. [Surah Baqarah, 153]
Mengapa Allah menyuruh kita solat???
Firman Allah:
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. [Surah Taha, 14]
Agar kita mengingati Dia, Ya Khaliq, Pencipta kita.. Dan untuk menghambakan diri padaNYA...
Firman Allah :
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). [Surah al-Baqarah, 152]
Qul huw Allahu Ahad.. Allahu Samad.. Lam yalid walam yu lat.. Walam ya kul lahu ku fu an Ahad...
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Ayuh, sisipkan senaskah tafsir kecil bersama kita tak kira dimana.. Boleh baca, boleh faham maknanya, bila-bila masa.. (^_^)

No comments:
Post a Comment