Tuesday, May 10, 2011

Diamkan saja..

Melihat manusia yg tidak henti berkata2..
Berlari lari mengejar nikmat dunia..
Angkuh berkata2 bagaikan dialah raja..

Aku ada ni.. Aku ada tu.. 
Hari tu aku beli ni.. Hari tu aku beli tue..
Oh, tgk ni resit pembelianku..

Err..
Perlukah? Haruskah diberitahu?
Apa yg korang dapat?
Kepuasan? Rasa bangga? Lihatlah dunia?

Tapi.. Ingatkah hal yg sebenarnya?
Milik siapa semua itu?
Kamu atau DIA?

Sedarkah kamu yg suka berkata2 bagai dirinya raja..
Dirimu itu tidak setanding langsung dgn raja segala raja..
Siapa Dia? Allah SWT..

Aku yakin..
Diam tak bermakna kita lemah..
Diam tak bermakna kita kalah..

Diam..
Sebenarnya kita menang..
Menang melawan hasutan syaitan..
Yang sentiasa menghasut manusia untuk banyak berkata2..
Kerana lidahlah yang paling sukar dijaga..
Selepas mata..

Maka diamlah.. 
Kerana dalam diam itu sebenarnya ada pahala...

4 comments: