Assalamualaikum wbt...
Dugaan Allah sentiasa ada.. Samaada dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan, dugaan pasti akan tiba.. Kehadiran kedua duanya itu dengan satu sebab iaitu untuk menguji kita.. Menguji sejauh mana kataqwaan kita.. Seteguh mana iman kita.. Dan sekuat mana kita berpegang pada tali Allah..
Kita selaku hamba Allah seharusnya berusaha bersungguh sungguh mencari redhaNya.. Cinta Allah harus dicari.. Sehingga bila bila tanpa henti.. Walaupun dugaan datang tanpa henti, kita seharusnya tetap terus yakin pada Allah.. Percayalah, dugaan Allah itu sebenarnya adalah tarbiyah dari Allah.. Tanda Allah sayang kita..
Allah itu maklum dikenali sebagai Maha Penyayang.. Dia amat menyayangi kita.. Amat mengasihi kita.. Takda cinta yg lebih agung dari cintaNya.. Subhanallah.. Kasih Allah pada hamba hambaNya begitu besar.. Cuma kita sering 'buta' dan tidak melihatnya..
Manusia sering leka.. Sering alpa dengan nikmat yang dikurniakanNya.. Waktu acap kali dibuang sia sia.. Nafsu sering kali didahulukan.. Hal agama sering kali diambil endah tak endah.. Solat sering dipandang mudah.. Sering dilewat lewatkan pengerjaannya.. Sering dipandang ringan perlaksanaannya.. Kekusyukan itu sebenarnya satu nikmat Allah.. Tapi untuk mencarinya bukan mudah.. Bukan mudah..
Solatlah seperti kamu melihat Allah.. Atau sekurang kurangnya ketahuilah bahawasanya Allah melihat kamu... Dirikanlah solat bagai ia kali terakhir untukmu..
Yang sering dilayannya kata hati.. Dibenarkan diri ini ditakluki perasaan dan lara jiwa.. Yang semua itu memang amat disukai syaitan laknatullah..
Hati takkan pernah tenang selagi ia tidak mengingati Allah.. Jiwa takkan pernah tenteram selagi ia tidak selalu diisi dgn nama nama Allah.. Diri akan terasa kosong selagi tak diisi dengan ayat ayat Allah..
Hidup pasti Sepi.. Sunyi.. Kosong.. Tanpa cinta dan kasih Allah..
Banyakkanlah mengingati Allah.. Banyakkanlah mengingati kematian.. Banyakkanlah mengenang dosa lalu.. Muhasabahlah diri sentiasa.. Renunglah kembali kisah hidup anda.. Bertanyalah pada diri, berbaloikan hidupku selama ini? Boost up kan iman dalam diri dengan pengalaman dan pengajaran lalu..
Banyakkanlah membaca dan mendengar.. Perhatilah sekeliling anda.. Lihatlah betapa besar kuasa Allah... Tenunglah didalam diri.. Setiap titis darah yang mengalir.. Setiap titik peluh yang keluar.. Setiap makanan yang diproses.. Setiap gerakan jari.. Setiap kelipan mata.. Setiap denyut jantung.. Mampukan semua itu berlaku dgn sendirinya? Mana mungkin.. Semua itu kuasa Allah..
Hidup tak sentiasa indah..
Langit tak sentiasa cerah..
Hujan pasti datang membasahi bumi...
Tapi titik hujan itu rahmat Allah..
Selepas hujan, sinar mentari itu lebih cerah..
Udara lebih bersih dan alam lebih indah..
![]() |
| langit tak sentiasa cerah |

thanks aishah..:)
ReplyDeletethanks dila.. status dila d fb mengingatkan sha pada post nie.. n when i read it back.. hurm.. sayu.. masih lemah diri ini.. masih perlu byk mencari diri... mm, thanks again.. :)
ReplyDelete