Monday, May 2, 2011

Sehelai kain putih...

Assalamualaikum wbt..


Sehelai kain putih.. 


Aku melihat sehelai kain putih tanpa corak.. 
Sungguh suci lagi kosong..


Tiba2, aku terfikir, 
Kain putih ibarat diri..
Jika tak dijaga, maka kotorlah ia.. 
Lusuh dan pudarlah warnanya..


Tapi, 
Tidak bermakna kekotoran itu tak dapat di bersihkan..


Rendamlah ia dalam larutan sabun, 
Beruslah dan kemudian bilaslah.. 
Jika terlalu kotor, rendamlah ia di dalam larutan pelutur..


InsyaAllah ia akan bersih kembali..
Bersinar bagai mentari pagi..


Begitu juga diri kita..
Keluarnya dari rahim ibu, sesuci embun pagi...
Sama seperti selembar kain putih itu..


Kemudian,
Kian membesar.. 
Tercalit pelbagai kotoran2 dosa.. 
Ada yg kecil, ada jua yg besar nilainya..
Dan kotoran2 kecil itu juga, 
Jika banyak bilangannya, sama sahaja..


Tapi susungguhnya Allah itu Maha Segalanya..
Sungguh indah diri dan kasih sayangNya..
Mencintai dan sentiasa membuka ruang untuk para hambaNya..
Selagi nyawa masih ada..
Pintu taubat masih terbuka..


Semua manusia takkan pernah lari dari kesilapan..
Semua manusia pasti ada titik hitam dalam hidupnya..
Semua manusia pasti berdosa..
Seperti kotornya kain putih tadi..


Tidak dinafikan..
Hidup ni penuh cabaran..
Dipenuhi onak2 duri dan lalang yg bersayap tajam
Adakalanya kita terluka..
Adakalanya rebah..
Gugur bagai sehelai daun kering..


Tapi sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun..
Kotoran2 di atas lembaran kain putih tadi masih boleh dibersihkan..
Dicuci dgn taubat kepadaNya..
Taubat sebenar-benar taubat..
Taubat nasuha..


Berjanji pada Allah dan pada diri sendiri..
Takkan sesekali mengulanginya lagi..


Meminta dan memohon keampunan dari Illahi..
Menagih kasihNya.. 
Mengharapkan cintaNya..
Mendambakan balasan syurgaNya..


Sekotor manapun kain putih itu..
Jika dicuci.. Ia pasti akan putih kembali..
Malahan akan lebih putih dari sebelumnya..
InsyaAllah... InsyaAllah..


Tetapi..
Jangan pula setelah putih bersih..
Kain membangga diri..
Kerana sedarlah..
Ia masih boleh carik bila2 masa..
Dek kerana duri duri riak..
Jadi, berhati-hatilah..


Sentiasalah memperbaiki diri..
Selagi ada masa dan ketika..
Agar kelak, kita tak menyesal...
Saat segala tiada gunanya lagi..


Di sana esok, pasti akan ada balasanNya..
Baik atau buruk, terserah pada kita untuk memilihnya..
Tanyalah pada diri, 
Lorong kanan atau kiri yg mahu kau lalui?



Allah itu Maha Besar..
Menciptakan kita untuk kembali semula padaNya nanti..


Berusahalah untuk pulang
Sebagai sehelai kain yg seputih ketika lahirnya..


Ayuh sahabat, 
Mari memperbaiki diri.. 



Merenung bulan mengingatiMu