Wednesday, March 2, 2011

Erti cinta sebenar...

Taubat...

Riwayat Muslim, dari Abu Musa bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

Sesungguhnya Allah membuka Tangannya pada malam hari untuk menerima taubat orang ynag melakukan dosa pada petang harinya. Allah juga membuka Tangannya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam harinya, sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya (kiamat).



Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia sentiasa membuka pintu taubatNya 24 jam setiap hari, malahan setiap detik.. Subhanallah.. Sungguh besar kasih Allah..

Sebagai hambaNya.. Kita seharusnya menyucikanlah diri dengan memperbanyakkan solat taubat dan solat2 sunat... Bersihkanlah hati kita yang hitam dek kerana debu debu dosa dengan solat dan titisan air mata keinsafan.. Dosa kecil mahupun dosa besar yang telah kita lakukan, mintalah keampunan dariNya yang Esa.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..

Dirikanlah solat solat sunat dan amalkanlah amalan2 sunat.. Yang sunat itu jika tidak dibuat, maka amatlah rugi.. Kerana setiap detik yang berlalu itu takkan pernah datang kembali.. Setiap saat yang berlalu, akan terus berlalu pergi.. Dan setiap saat yang berlalu itu juga maksudnya makin dekat ajal kita.. Makin dekat kita pada titik permulaan sebenar kehidupan.. Kerana dunia ini sebenarnya hanyalah persinggahan..

Kembalilah pada Allah bila hatimu gusar.. Mintalah kekuatan pada Allah tatkala dirimu lemah.. Pabila diuji, mengadulah pada Allah.. Bangun dan solatlah.. Dirikan solat hajat meminta kekuatan dan ketenangan padaNya.. Kerana dialah yang memberikan segalanya.. Jadi mintalah pada Dia Yang Satu.. Kembalilah padaNya.. 

Hidup nie tak selalunya indah.. Ujian Allah sentiasa ada.. Tapi yakinlah bahawa ujian Allah itu sebenarnya tarbiyah dariNya.. Ujian itu tanda cintaNya.. Makin hebat dugaanNya, maka makin hebatlah jua cintaNya pada kita.. Bersyukurlah Allah masih memberikan kita budi bicara untuk kembali ke pangkal jalan.. Bersyukurlah dengan setiap hembusan nafas kita kerana ia satu nikmat sebenarnya.. Nikmat kerana pintu taubat masih terbuka.. Kejarlah keampunan dari Allah kerana itulah 'hadiah' yang tiada tandingannya.. 

Usahlah dibuaikan diri dengan nikmat kelalaian dunia.. Sebagai manusia, kita pasti akan leka.. PASTI.. Kerana kita hanyalah manusia.. Tidak sempurna.. Tiada siapa yang sempurna.. Tetapi berfikirlah.. Kerana kita dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir.. Kita boleh membezakan apa yang perlu dan apa yang tidak.. Kita boleh mengawal nafsu kita dengan sebenar-benar usaha..

Dekatkanlah dirimu pada Allah.. Suburkanlah cintamu padaNya.. Buktikanlah kasih sayangmu.. Tiada ruginya menagih kasih Sang Pencipta, kerana itulah cinta sejati.. Cinta yang tidak akan melukakan.. Malahan cinta yang menyembuhkan.. Cinta sebenar..

Hargailah setiap detik waktu hidupmu.. Binalah mahligai dari iman dan taqwa., dan bukannya kemewahan.. Cintalah agama Allah ini dengan sebenar-benar cinta.. Bangunlah di kala malam bermunajat padaNya.. Bacalah al-Quran penenang jiwa.. Basahkanlah lidahmu dengan zikir dan selawat agar ia tidak dahaga 'kelak'.. Berpuasalah selagi terdaya kerana puasa itu 'menjaga'.. 

Peringatan untuk diriku yang penuh dosa lagi hina.. Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini.. Masih terlalu cetek ilmu yang dipelajari.. Dan beban dosaku bertambah setiap detik.. Lemahnya aku.. Hinanya aku.. Mengenang dosa silam, hati pasti luluh.. Hancur menyesal.. Tapi itulah kisah silam.. Tak dapat diubah.. Hanya keampunan mampu dipohon.. 

Ya Allah.. Ampuni hambaMu ini Ya Allah.. Ampuni daku Ya Allah.. Bimbing dan pimpinlah daku ke jalan yang lurus.. Sesungguhnya untuk menujunya penuh onak duri rintangan yang ada.. Bantulah daku.. Suburkanlah hatiku dengan iman dan taqwa.. Pelihara dan peluklah diriku agar aku sentiasa dibawah rahmatMu.. Tetapkanlah hatiku ini agar aku tidak berpaling ke jalan lama ku yang penuh kesesatan.. Mudah mudahan aku tetap berpegang teguh pada taliMu walaupun tangan dan hati ini berdarah mempertahankannya.. Aku benar benar mendambakan cinta dan redhaMu Ya Robb.. 

Taubat.. Sebenar benar taubat.. Diri dan jiwa yang baru.. Yang diisi dgn keimanan beserta akhlak yang baik.. Itulah harapanku.. Mudah mudahan hidup ini berakhir dengan kedamaian.. Kedamaian hakiki di sana.. InsyaAllah.. Dengan izin dari Mu Ya Robb..